Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.
Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.
Solat itu tiang agama!
Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
* Kepentingan solat
* Kelebihan solat
* Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
* Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
* Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
* Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
* Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
* Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat
Kitab Fadhail Amal
Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.
Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.
2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.
3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.
4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten.
Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang
dibuat di antara kedua solat tersebut.
5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.
6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.
Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.
Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!
7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?
8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”
Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.
Wednesday, March 16, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Cantik Di Pandang
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." \[Hadis Riwayat Ahmad]
Rama-Rama Halus Sayapnya
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Indah Ibarat Wanita.
Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)

Sunday, March 13, 2011
Redha Terhadap Qada' dan Qadar Allah
Pasti ramai yang tahu apa itu qada' dan qadar Allah.
Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut.
Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah WAJIB hukumnya.
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Redha dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar. Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)
"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah" (HR Thabrani)

Sayangkan Islam?
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)
Saya Mestilah Islam Dari Segala Sudut
1. Saya mestilah Islam dari Sudut Aqidah
Berpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama.
2. Saya mestilah Islam dari Sudut Ibadah
Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitu juga dengan ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian 'ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi 'ibadah dan taat kepada Allah s.w.t
3. Saya mestilah Islam dari Sudut Akhlak
Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:
Yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".
1. Menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhat. 2. Memelihara pandangan. 3. Memelihara lidah. 4. Bersifat pemalu. 5. Sersifat lemah-lembut. 6. Bersifat benar. 7. Bersifat tawaduk. 8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat. 9. Bermurah hati.
4. Saya mestilah Islam terhadap Keluarga
Sebenarnya apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini.Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim.
5. Saya mestilah dapat menguasai diri dari sudut Islam
Sebenarnya apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini. Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim.
6. Saya wajib meyakini bawah masa depan adalah untuk Islam
Sebenarnya apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini. Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim.
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)
Thursday, March 10, 2011
Sikap Wanita yang Disenangi Lelaki
Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.
Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: "Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."
(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.
02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.
03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?
06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru ,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.
08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.
Adakah Ini Cinta
Mungkin ramai antara kita pernah bercinta, merasai asyiknya cinta itu dan tenggelam di dalam kemabukannya.Malah Syed Qutb, Abu talhah serta Hasan Al-Basri pernah menyintai seorang perempuan sebelum pernikahan mereka.Malah Khadijah mempunyai rasa suka kepada Rasulullah sebelum peminangan beliau pada baginda.
Dan sungguh cinta itu tidak pernah salah. Malah ia memberi cahaya kehidupan dan harapan yang melestarikan nafas yang panjang pada dunia yang mencabar ini.
Namun diri kita tahu akan kelemahan diri kita. Kita tahu di mana tempatnya kita bakal jatuh,jika kita kurang berhati-hati.
Seperti itu jugalah kebanyakan wanita, kita amat mudah menyintai dan menyayangi manusia lainnya. Hati kita dipenuhi cinta dan sayang. Terkadang mampu dikawal, terkadang mencengkam dan memakan diri kita sendiri.
Dan kita tahu di situlah kelemahan kita. Apabila diberikan kepada yang belum haq, kita akan tenggelam dalam keasyikan yang merudum jiwanya. Cinta yang ditakuti takkan sampai ke penghujungnya. Cinta yang mencemari cinta kita kepada Rabb kita. Dan ditakuti kita akan sesat dalam kegelapan akibat cinta yang asyik itu.
Dan kerana itu cinta ini disimpan rapi, hanya untuk dimiliki yang hak dan berhak sahaja. Bukan kerana kita membenci cinta itu. Bukan menolak mereka yang menyintai kita. Tapi kerana kita tahu di mana titik lemah kita. Dan cinta itu kita simpan sekedapnya, agar siapa sahaja yang kita berikan cinta itu, biarlah cinta itu hanyalah kerana Allah semata-mata.
' saya takut kalau saya menyayangi seseorang, orang itu akan lebih menyanyangi saya dari saya menyayangi dia. dan itu pernah berlaku pada saya.'
padaku ucapan itu mungkin bernada agak perasan, namun aku tahu dari lubuk hatinya, itu merupakan ucapan yang tulus.
' tapi saya isteri awak, tentu saya perlu sayang pada awak.'
'betul, tapi saya takut awak akan rasa kecewa di kemudian hari, jika apa2 yang berlaku pada kita.'
Suara hati nakalku berkata, 'takpe, saya akan jadikan awak sayang saya lebih dari saya sayang awak, baru awak tahu!'
Namun aku menjawap,' tak apa, bukankah kita ada Allah. Apapun yang berlaku dalam hidup kita, kita ada Dia untuk kita mengadu akan keadaan itu.'
Ketika aku menyalami tangannya, aku tenang melihat dirinya pergi. Namun fikiranku tetap memikirkan akan dirinya yang aku temui cuma acap kali sahaja dalam masa beberapa minggu.
Dan ketika aku pulang ke bandar beku dan sejuk ini, aku teringat suasana hiruk pikuk dan siren ambulans yang berkumandang setiap 10 minit di kota London. Asap dan enjin kereta yang mampat mungkin menjadikan udara di bandar kosmopolitan itu berhawa tinggi dan sering mengundang peluh di bajuku.
dan tentu kenangan bersama dia takkan dapat aku lupakan.
dan setiap kali kembali setelah bertemu denganya pasti akan teringatkan perbualan-perbualan yang kami lalui bersama. Pertama kali dalam hidupku, aku begitu dekat dengan jiwa seorang lelaki bergelar suamiku.
Dan aku tahu di saat itu, aku telah mula menyintai dirinya. Mahu membantu dirinya sepanjang hidupku. Mahu menjadi sayap pejuangnya walaupun mungkin aku dan dia bukanlah pasangan yang sempurna di dunia ini. Banyak ujian melanda. Dan sungguh setiap kisah-kisah pasangan baru berkahwin adalah berbeza sekali. namun di sebalik ujian itu, ada kemanisan setiap kali dapat dilepasi cabaran itu
Adakah dapat aku sembunyikan rahsia hati ini, menjadikan dia lebih menyintai diriku dari diriku menyintainya?
Namun tentu bukan itu golku dalam perkahwinan ini. Perkahwinan ini adalah ibadah. Cintaku padanya adalah suatu ibadah. Aku menyintainya kerana Allah dan aku berasa amat tenang dengan cinta itu. Cinta yang menjadikan aku sentiasa berhubung dengan Allah di saat susah dan senang menghadapi bahtera rumah tangga ini.
Satu anggapan yang salah, seorang ukht berkahwin dengan seorang akh untuk mendapatkan kekuatan dari pasangannya. Ya, sebahagiannya betul, namun hakikatnya, ujian kehidupan pasti melanda setiap seorang dari kita. Kerana itu, peribadi kita sendiri perlu kuat. Hubungan kita dengan Allah perlu amat mantap.Terkadang pasangan kitalah yang perlu dibantu, bukan kita yang dibantu.
Tentu dalam berBM sendiri ada pasang surutnya. Namun yang menyatukan dua hati manusia yang asing ini adalah Allah. Apabila keduanya kembali semula pada Allah dan meminta petunjuk dariNya.
Dahulu aku takut tenggelam dengan cinta. Cinta sesama akhawat sendiri menyebabkan air mataku kering kerana banjirannya. Namun ketika akad tertahkik, cinta yang kurasai ini, ibarat hujan yang turun secara tenang dan damai, membasahi tanah sahara yang kekontangan. Menyimbahi tumbuhan yang kekeringan. Ia memberi sinar di pagi hari, menyuluh kegelapan di waktu malam.
Dan aku tidak katakan cintaku pada dakwah, pada Allah, dan pada akhawat berkurang kerana aku menyintai seorang lelaki yang Allah jodohkan buatku. Malah cinta itu bertambah, menolak motivasi dan melimpah ruah.Kerana cinta itu terlalu istimewa. Ia boleh meletakkan jiwa kita di tempat teratas, atau menjadikan kita manusia yang amat hina sekali.
Aku tak mengatakan cinta itu salah sebelum perkahwinan. Cuma kelemahan aku sendiri, aku pasti, jika cinta itu sebelum terjadinya akad, pasti aku akan menjadi manusia yang hina di sisi Allah.Kerana aku tahu, ketika pintu hatiku terbuka untuk sebuah cinta, limpahannya akan mengairi seluruh lautan yang wujud di muka bumi ini.
Tentu pernah kita dengar, sesorang wanita sanggup membuat apa sahaja kerana cinta, menyerahkan tubuh, menjual harta, hanya kerana seorang lelaki yang belum menjadi miliknya.
Dan indahnya cinta itu apabila ianya diberikan buat yang hak. Kerana ia sentiasa diiringi doa dan barakah.Tentu banyak rahsia Allah yang tidak kita ketahui dalam hidup ini. tentu akhir perjalanan kita takkan kita ketahui akhirnya. Namun kita sentiasa perlu positif, meraih yang terbaik dalam hidup kita, dan memaknai setiap kenikmatan dan kebahagiaan yang allah rezekikan untuk kita.
Alangkah indahnya bila segalanya kerana Allah. Bercinta pun dapat pahala!
"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda lagi:
"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"
Wednesday, March 9, 2011
9 jenis anak Syaitan
Sayyidina Umar al – khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak Syaitan :
1. Zalituun.
• Duduk di pasaraya / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang – barang yang tidak perlu.
2. Wathiin.
• Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan.
• Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama’.
4. Haffaf.
• Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat – tempat maksiat. (contoh : Disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah.
• Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dan sebagainya.
6. Masuud.
• Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatandan apa sahaja penyakit yg mula dari kata -kata mulut.
7. Daasim. (berilah salam sebelum masuk ke rumah)
• Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai – berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak – anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan.
• Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat – ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus.
• Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.
** Setiap hari di mana Syaitan2 ini akan mengganggu kehidupan harian dan mengahsut tanpa kita sedari. Sampaikan kepada saudara Muslim yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)