Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar hari ni? Semoga semuanya ceria-ceria selalu hendaknya. Kakchik hari ni dari pagi hingga ke Zohor asyik menaip data buku-buku sampai naik lenguh jari-jemari. Alhamdulillah dah 70% siap dan insyaallah by this afternoon semuanya akan siap sepenuhnya.
Tak sempurna lagi. |
Sementara tu kakchik ambil masa untuk berehat sebentar sambil mengemaskini blog buat kali pertama untuk hari ni. Komen-komen teman-teman di entri terdahulu masih ada yang kakchik belum sempat balas. Insyaallah bila balik ke rumah petang nanti, kakchik akan balas satu persatu.
Baiklah, kali ni kakchik nak tulis sikit tentang soalan di atas. Dah banyak kali juga ada orang bertanya kakchik tentang hal ini. Oleh kerana kakchik bukanlah scholar atau ahli agama, kakchik mengambil masa untuk menulis tentang hal ini.
Tapi kakchik tulis mengikut ilmu yang sedikit ini dan juga pengalaman hidup selama 36 tahun yang dipinjamkan Allah kepada kakchik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Baiklah, untuk memastikan diri terus istiqomah dalam menutup aurat ni pertama sekali kita kena faham KONSEP AURAT. Apa yang kalian faham tentang aurat? Oklah, kakchik rasa majoriti tahu aurat itu bagi seorang wanita ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu tafsiran mudahnya mengikut ayat dari Surah an-Nur ayat 31.
Juga tak sempurna. |
Jadi, mudah sangat konsepnya, TUTUP SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Sekarang ni tanya diri masing-masing, "Aku ni dah tutup seluruh badan ke?" Kalau ya, alhamdulillah... lepas satu tahap.
Ok, sekarang kena fahamilah pulak, bila perbuatan ini ada dalam Quran, maknanya ia suruhan Allah. Suruhan Allah adalah WAJIB. Bila buat dapat PAHALA, tak buat BERDOSA. Penting kena ingat ialah BERDOSA kalau TAK TUTUP AURAT.
Lepas tu kena faham pulak, tutup aurat ni pakai apa pun boleh ke? Haaaa.... kat sinilah yang ramai orang keliru. Kena tahu, syariat dah pun memberitahu kita akan kriteria-kriteria pakaian menutup aurat ni. Kalau masih juga tak tahu, baiklah kakchik senaraikan kat sini. Senarai ni belum lengkap ya.
- tidak nipis
- tidak jarang
- menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
- tidak menampakkan bentuk badan
- tudung dilabuhkan ke bawah paras dada
Manis menutup aurat. |
Jadi, kalau dah tahu, kenapa masih juga pakai baju t-shirt lengan pendek? Memang sangat tidak kena bila kepala bertutup dengan tudung tapi bajunya lengan pendek menampakkan lengan. Pas tu bajunya pula kecik, kadang-kadang melekat di badan, menampakkan cembung dadanya, lekuk pinggang dan kecik atau besar pinggulnya.
Jadilah usaha nak tutup aurat TIDAK SEMPURNA. Maka, bila tak sempurna, SIA-SIAlah ia. Pahala tak dapat, malah DOSA pula yang kita kumpul.
Ok, ok, kita kembali kepada cara nak istiqomah menutup aurat. Segalanya terletak pada diri kita sendiri. Bila kita tahu dan sedar yang kita ini makhluk Allah dan satu hari kita akan mati, dan akan disoal-siasat di hadapan seluruh manusia. Di situlah titik penting yang membuatkan kita akan rasa, "aku kena tutup aurat dengan sempurna." Bukannya susah pun... hanya perlu pakai baju yang kena dengan syarat kat atas tu je.
Tak gitu?
No comments:
Post a Comment