RSS

Friday, December 24, 2010

Tak Semestinya Pakai Jubah atau Abaya

Daripada http://keluargakusayang.blogspot.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kadang-kadang terasa susah nak memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang lain tentang konsep menutup aurat ni. Oleh kerana kakchik memakai abaya, bertudung besar dan berpurdah, sesetengah tu menganggap kakchik sedang mengajar orang agar pakai serupa dengan kakchik. Bagi kakchik, kalau nak tiru, itu satu kebaikan dan sangat kakchik setuju tapi jika tidak mahu tiru, atas dunia ni ada banyak lagi pilihan pakaian yang boleh menutup aurat. Yang pasti pakai abaya ini paling selesa buat kakchik.

Tak susah langsung untuk mencari pakaian-pakaian yang sesuai untuk menutup aurat. Bila kita dah faham konsepnya, insyaallah kita dengan sendirinya akan tahu membuat pilihan. Kalau cerdik tapi tetap juga sengaja pergi cari dan beli pakaian yang tidak menepati tu, itu salah sendirilah ya. Dah akil baligh masih susah nak faham, itu tandanya nafsu lebih menang berbanding iman.
Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579). Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. (JENDELA HIKMAH)

Ok, sebagai ulangan, ini ialah garis panduan menutup aurat sebagaimana yang disepakati jumhur ulama' iaitu:
  1. Menutupi had aurat yang telah ditetapkan - aurat wanita yang baligh ialah SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Rujuk firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 dan Surah al-Ahzab ayat 59.
  2. Pakaian yang longgar - agar terlindung pandangan lelaki ajnabi dari melihat susuk tubuh wanita dan wanita terselamat dari fitnah. 
  3. Pakaian yang tidak jarang - ikut hukum syarak, mesti tebal dan tidak nampak kulit. Kalau nipis walau besar, meleret macamana pun tetap tidak cukup syarat.
  4. Tidak serupa dengan pakaian lelaki atau wanita kafir - orang yang cerdik dan berpendidikan, sudah tentu tahu membezakannya. Heboh tentang tudung sekarang yang serupa tudung rahib. Jadi tunggu apa lagi, janganlah pakai yang itu kerana kita akan jadi sama dengan mereka.
  5. Tidak bertabarruj - Rujuk Surah al-Ahzab ayat 33. Tabarruj ni ringkas kata ialah berhias, bercantik- cantik untuk pandangan umum. Muka dipakaikan meka-up, pakaian juga dihiaskan dengan glamor sekali seperti artis, maka ianya tabarruj.
Untuk bacaan yang lebih detail, ada satu tulisan yang sangat baik oleh Hamidah bt. Mat di JENDELA HIKMAH.

Baiklah, ini cadangan pakaian yang kakchik yakin sesuai untuk menutup aurat.

Skirt labuh dan kembang



Memakai skirt yang labuh juga boleh menutup aurat dengan syarat potongannya kembang, kainnya tidak melekat di badan dan juga tidak jarang. Pandai-pandailah memilih jika kita suka pakai skirt. Di pasaran negara kita ada banyak skirt seperti ini dibawa masuk dari Thailand. Materialnya sejuk tapi agak nipis jadi bila mahu memakainya pastikan kita memakai alas di dalam agar kita tidak 'bermain wayang' di kala terang. Cari ajelah di mana-mana, yang pasti ianya lebih kurang contoh di atas.

Padankan skirt labuh dengan blouse labuh, t-shirt muslimah atau dress labuh yang sesuai. Kakchik cadangkan labuh yang selamat ialah melepasi punggung hingga ke paras lutut. Tolong jangan pakai baju di paras pinggang atau paras punggung kerana bila kita berjalan, amat mudah dilihat bentuk badan kita yang mahu kita tutup itu. Kita bijak maka kita tahulah bagaimana mahu selamatkan diri dari dosa kan?

Seluar kaki lebar




Seluar kaki kembang atau wide leg trousers ini mungkin bagi remaja sekarang sangatlah konservatif tapi jika pandai digayakan insyaallah aurat terjaga, manis pula dipandang. Untuk menjaga batas aurat, pastikan baju yang dikombinasikan dengan seluar jenis ini labuh hingga ke paras antara peha dan lutut. Paling bagus labuh sedikit dari lutut. Padankan pula dengan kasut bertumit, tak perlu terlalu tinggi tapi cukuplah dengan seinci dua. Pakai wedges atau kasut baji pun sesuai.

Tunic Longgar dan Labuh Hingga ke Lutut

Dress Labuh

Dress Labuh by hanniaziz featuring print tops


Ini pula cadangan baju yang boleh digayakan bersama skirt labuh atau seluar kaki lebar. Cadangan saja ya, jadi guna kreativiti masing-masing untuk menjadikan baju kita labuh, longgar, tebal dan cantik. Kakchik guna Polyvore untuk reka set-set ni jadi seleksi pakaian untuk yang labuh-labuh dan longgar ni agak terhad tapi kakchik yakin 'you get the picture' kan?

Tudung Yang Labuh




Tudung Labuh ni ada pelbagai variasi sebenarnya. Potongan klasik untuk tudung labuh ialah yang bulat dan besar, labuhnya antara siku dan pergelangan tangan. Di zaman sekarang ni kebanyakan muslimah bekerjaya jadi mereka tidak punya banyak masa untuk menjahit tudung bulat jadi tindakan mudah ialah membeli tudung bidang 60" yang dilipat menjadi ala segitiga tapi bila dipakai ianya labuh juga seperti gambar di tengah tu. Selendang besar dan panjang seperti pashmina dan shayla juga boleh dipakai asalkan coverage luas. Tudung labuh segera pun banyak cuma carilah yang tidak melekat di badan bila dipakai.

Ada banyak lagi contoh tapi kakchik rasa 4 contoh di atas ni boleh dimanfaatkan oleh semua golongan wanita yang akil baligh. Remaja boleh pakai, orang dewasa pun boleh pakai. Hanya perlukan sedikit kreativiti dan kepandaian memadankan pakaian, insyaallah aurat kita terpelihara dan maruah juga akan terjaga. Allahu'alam.

Nota kakchik: Jubah atau abaya lagi selesa, selamat dan sesuai dipakai ke mana-mana saja.

No comments:

Post a Comment