Assalamualaikum ustaz...
1) Apakah hukum bagi lelaki berinai di jari ketika hendak berkahwin yg byk diamalkan oleh masyarakat melayu pada masa kini...boleh ustaz berikan sedikit huraian mengenainya?
2) Apakah hukum memakai gelang tangan bagi lelaki...dewasa ini banyak kelihatan gelang tangan magnetik,gelang kokka,serta gelang dari batu jed dan sebagainya di pasaran yg mengatakan berfungsi utk menjaga kesihatan...malah tok2 imam pon byk yg pakai..harap beri sedikit penjelasan mengenainya...
3) Apakah hukum bagi lelaki memakai emas putih..benarkah ia boleh di pakai oleh lelaki?adakah nas2 yg boleh ustaz kongsi bersama mengenainya...
sekian...terima kasih...
-------------
wsalam
1. Setakat yang saya tahu haram kaum lelaki meakai inai sekalipun kerana berkahwin.
Inai adalah setengah dari perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. oleh kerana itulah lelaki dilarang memakainya dari kerana terdapat hadith soheh yg melaknat kaum lelaki memakai perhiasan kaum wanita.
2. Apa yang telah difatwakan oleh beberapa orang ulamak gelang yang bertujuan perhiasan adalah haram atas lelaki memakainya dan jika untuk tujuan berubat maka harus dengan syarat tidak bertujuan berhias atau meniru2 dan tidak berbentuk perhiasan dan hendaklah menutup dengan lengan baju supaya terhindar daripada fitnah.
3. Emas putih haram dipakai oleh lelaki kerana ia adalah logam yang dibuat dengan campuran emas kuning.
Imam Nawawi berkata adalah haram dengan muwafaqat ulamak2 fiqh kaum lelaki memakai logam yg bercampur dengan emas kuning sekalipun emas kuning yang terdapat padanya adalah sedikit.
Rujukan kitab Al-Mufassol fi ahkaamil mar_ah dan Syarah Muslim
wallahua'lam
(Dipetik daripada http://ustazazhar.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment