RSS

Wednesday, December 8, 2010

Perubatan Islam

Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:

"Dan Kami turunkan suatu dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang beriman, dan tidaklah menambah bagi orang-orang yang zalim melainkan kerugian" - surah al-Isra' : 82

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Masalah-masalah yang sering berlaku di dalam masyarakat:
  • ~ Gangguan Jin
  • ~ Sihir
  • ~ Saka

1. Gangguan Jin
    Gejala yang mungkin berlaku:
  • ~ histeria
  • ~ kerasukan/tidak sedarkan diri
  • ~ rasa rendah diri
  • ~ rasa ketakutan
  • ~ hilang daya tumpuan untuk melakukan pekerjaan
  • ~ diganggu semasa beribadat hingga sukar melaksanakan solat,zikir dan sebagainya
  • ~ terdengar bisikan/suara 

    2. Gangguan Sihir
        Gejala yang mungkin berlaku:
    • ~ terdapat lebam-lebam pada badan
    • ~ terdapat kesan gigitan pada badan
    • ~ tidak mampu bangun untuk menjalankan aktiviti harian
    • ~ hilang keyakinan diri
    • ~ rasa rendah diri
    • ~ premis perniagaan tiada pelanggan (pelanggan tidak nampak)
    • ~ gangguan ketika beribadah
    • ~ hubungan keluarga tiba-tiba dingin dan hambar
    • ~ terkena penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya 

      3. Gangguan Saka
          Gejala yang mungkin berlaku:
      • ~ mimpi harimau, ular,buaya dan lain-lain
      • ~ histeria
      • ~ teringatkan orang yang sudah meninggal dunia
      • ~ ketakutan
      • ~ terdengar bisikan yang mengarahkan melakukan sesuatu
      • ~ pelbagai masalah lain yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden

        Selain masalah di atas, Ayat-Ayat Ruqyah ini juga boleh terbukti mampu (dengan izin Allah s.w.t.) mencegah dan menyembuhkan masalah-maslah berikut:
        • ~ santau
        • ~ susuk
        • ~ pukau
        • ~ anak-anak degil dan bermasalah
        • ~ perniagaan/premis perniagaan yang disihir
        • ~ pebalahan suami-isteri
        • ~ pendarahan yang berterusan (istihadhah)
        • ~ anak-anak menangis di waktu malam
        • ~ masalah kejiwaan dan konflik rohani serta fizikal
        •    pelbagai masalah lain


        Siapakah yang perlu mengamalkan Ayat-ayat Ruqyah?
         
        • ~ Pesakit yang telah mengetahui dirinya mengalami gangguan
        • ~ Pesakit yang baru sembuh dari rawatan penyakit gangguan
        • ~ Orang lemah semangat
        • ~ Mereka yang ada masalah saka
        • ~ Pasangan suami-isteri bermasalah
        • ~ Pengusaha restoran/gerai makan
        • ~ Mereka yang mengalami stress
        • ~ Mereka yang akan memasuki/berpindah ke rumah atau premis baru
        • ~ Sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan ruqyah ini untuk pendinding diri

        Tindakbalas berikut biasanya terjadi kepada mereka yang terkena gangguan:
         
        • ~ Mengantuk secara tiba-tiba
        • ~ Termuntah
        • ~ Pening kepala atau rasa melayang fikiran
        • ~ Menjerit-jerit atau meracau-racau
        • ~ Sakit di bahagian tertentu tubuh badan
        • ~ Rasa marah
        • ~ Benci mendengar ayat-ayat yang dibaca
        • ~ Menggeletar tubuh badan
        • ~ Seram sejuk

          No comments:

          Post a Comment